Pages

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (19)
    • ►  December (7)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
  • ▼  2009 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ▼  August (8)
      • siapakah aku...
      • surat tuk adam
      • untukku dan untukmu
      • doaku...
      • sayu melambaiku...
      • BENCINYE!!!!!!
      • insyaALLAH...
      • segenap maghrib...
    • ►  May (3)

About Me

bibicah khalvati
diari muslimah..diari iman..diari taubat..diari muhasabah..diari impian..dan diari doa... ALLAH pinjamkan bumi yang bernama walnut, CALIFORNIA untuk mendapat didikan yang lembut dariNYA..selama 2 tahun insyaALLAH..sudah ALLAH titipkan SAHABAT SYURGA..ia pilihan ALLAH..dan yakin segala perjalanan adalah pencarian diri...doakan muslimah ini adalah kesayangan ALLAH..
View my complete profile
Powered By Blogger
Powered by Blogger.

sang hijab

sang hijab
aku rindu cinta di sebalik persembunyian itu...ia adalah indah dan sangat bahagia..izinkan aku lagi ya ALLAH untuk merasa cinta itu..

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (19)
    • ►  December (7)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
  • ▼  2009 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ▼  August (8)
      • siapakah aku...
      • surat tuk adam
      • untukku dan untukmu
      • doaku...
      • sayu melambaiku...
      • BENCINYE!!!!!!
      • insyaALLAH...
      • segenap maghrib...
    • ►  May (3)

chat


ShoutMix chat widget

demi masa

Manusia kerugian..

Followers

Wednesday, August 19, 2009
In: follow the flow

siapakah aku...

segala yang berlaku...
memberi aku berpikir akan hikmahNya...
tetapi siapakah aku...
untuk menentukan kesudahannya nanti episod itu...
pasti ada terluka...
pasti ada terseksa...
apakah itu hukumanMu..?
aku tidak rela jika sekeliling yang menerima bahananya...
biarlah aku menerimanya...
tapi siapakah aku untuk menentukan semua ini...
aku pasrah...
aku redha...
allah yang menentukan segalanya...
Dia berhak menentukan apa-apa jua sekalipun kerna Dia yang berkuasa...
aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan semuanya...

Posted by bibicah khalvati at 5:14 PM 0 comments
Sunday, August 9, 2009
In: fromiluvislam

surat tuk adam

Surat Untuk Adam
www.iluvislam.com
Dihantar oleh:Mumtazah Maridi
Editor:arisHa27


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.


Sumber:Risalah Program Misis 09(UM)

Posted by bibicah khalvati at 2:44 AM 0 comments

untukku dan untukmu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Posted by bibicah khalvati at 2:38 AM 0 comments

doaku...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kamu adalah pilihan allah dalam ujian ini...
mengertilah, mungkin di sisi manusia...
kau tiada pandangan darinya...
tapi kau jangan ketepikam pandangan allah kepada kamu...
kau adalah yang tertinggi di sisiNya...

Posted by bibicah khalvati at 2:19 AM 0 comments
Saturday, August 8, 2009
In: wanita muslimah

sayu melambaiku...

telah lame ingin berjumpa...
apakah daya, redha dengan takdir yang menetukan...
tapi ku yakin ada pertemuannya...
dan semalam janjiNya untukku bertemu dengannya...
segala rindu ingin di curah...
tapi tidak bisa, kerana masa harus ku pasrah....

pertemuan bukan milik kita....
dan hari ini kita berpisah lagi,
entah bila dapat bersama walau sesaat secuma...
tapi jiwa iman merelakan...
kerana aku pasti berjumpa denganmu kerana itu janjiNya

bergenang kolam rindu...
tiada siapa yang dapat menahannya dari jatuh..
itulah ukhwah kerana allah...

redha segala ketentuan
walaupun..
sayu melambaiku...

Posted by bibicah khalvati at 3:16 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
In: mataku rebah melihatnya..

BENCINYE!!!!!!

tipu daya dunia....
aku benci....

keseronokan dunia...
aku benci....

kecantikan dunia...
aku benci...

kelalaian dunia...
aku benci...

duhai penciptaku...
dengarlah rintihan hatiku tika ini...
perasaan benci telah memenuhi jiwaku...seakan aku tidak berdaya tuk melihatnya..
sengsara batin aku merasakan..
ingin aku rebah....

aku takut...aku terbuai olehnya...
aku takut...

Posted by bibicah khalvati at 12:18 AM 0 comments
Monday, August 3, 2009
In: halawatul iman ke?

insyaALLAH...

huhu....
tidak sabar!!!!!
nak jumpa bunga haTIKU...
Whoooo????

jeng!!!jeng!!!
rahsia...hehe

Posted by bibicah khalvati at 4:31 AM 1 comments

segenap maghrib...

siang mula beransur hilang..si matahari mula menghilang...semua burung berkocoh pulang ke sarang...manusia-manusia tidak sabar pulang ke rumah,menghilang penat lelah seharian....
dan aku...
memikirkan hikmah yang berlaku...

siang tidak akan kekal siang....malam tidak akan kekal malam..begitulah sesuatu yang kita ada..
akan di uji, di uji, di uji....

untuk apa di uji??????

seperti pasir...setiap harinya berlalu dengan regangan,dengan mampatan...tidak kira malam,siang,hujan,panas melanda...
dan akhirnya ape yang berlaku pada pasir ..??
semakin halus...halus...dan halus....

inilah hikmahNya
di segenap maghrib...

Posted by bibicah khalvati at 4:17 AM 0 comments
Newer Posts Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
@ 2011 bibicah khalvati; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog