Pages

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (19)
    • ►  December (7)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (7)
      • http://niqobgirl.blogspot.com/2010/09/istikharah-m...
      • pemberiaan hari ini...
      • langkah..teruskan melangkah...
      • sepetang bersama hadis rasulullah..
      • sepetang bersama hadis rasulullah..
      • hikmah syawal...
      • tautan hati seorang dai'e...
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
  • ►  2009 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  August (8)
    • ►  May (3)

About Me

bibicah khalvati
diari muslimah..diari iman..diari taubat..diari muhasabah..diari impian..dan diari doa... ALLAH pinjamkan bumi yang bernama walnut, CALIFORNIA untuk mendapat didikan yang lembut dariNYA..selama 2 tahun insyaALLAH..sudah ALLAH titipkan SAHABAT SYURGA..ia pilihan ALLAH..dan yakin segala perjalanan adalah pencarian diri...doakan muslimah ini adalah kesayangan ALLAH..
View my complete profile
Powered By Blogger
Powered by Blogger.

sang hijab

sang hijab
aku rindu cinta di sebalik persembunyian itu...ia adalah indah dan sangat bahagia..izinkan aku lagi ya ALLAH untuk merasa cinta itu..

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (19)
    • ►  December (7)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ▼  September (7)
      • http://niqobgirl.blogspot.com/2010/09/istikharah-m...
      • pemberiaan hari ini...
      • langkah..teruskan melangkah...
      • sepetang bersama hadis rasulullah..
      • sepetang bersama hadis rasulullah..
      • hikmah syawal...
      • tautan hati seorang dai'e...
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
  • ►  2009 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  August (8)
    • ►  May (3)

chat


ShoutMix chat widget

demi masa

Manusia kerugian..

Followers

Thursday, September 30, 2010
In: ilmu

http://niqobgirl.blogspot.com/2010/09/istikharah-mimpi-gerak-hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Kes 1

Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi.


Kes 2

Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah.


Kes 3

Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.

‏
Masalah Istikharah

1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah


عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال ‏
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏

Maksudnya : Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya: Adalah Nabi s.a.w. mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):

ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به ‏


‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق ‏
أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي ‏

Maksudnya : Dari Aisyah r.a. meriwayatkan dari Abu Bakr as Siddiq bahawa Nabi s.a.w. apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : "Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku."

عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏
قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه ‏

Maksudnya: Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)


2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:

Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis:

إذا همّ أحدكم بالأمر

Perkataan yang Nabi s.a.w. yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.


Kedua :

Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((

Maksudnya : Adalah dia (Nabi s.a.w.) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara (Riwayat Tirmizi)


Ketiga :

Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi s.a.w. :

(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((

Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.

Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar Nabi s.a.w., maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah.


Keempat :

Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.

Sila perhatikan kepada firman Allah s.w.t.:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) البقرة:216)

Maksudnya: Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya.


Kelima :

Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.

Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini. Semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.

****
Ustaz hasrizal sendiri telah menerangkan maknanya..

i s t i k h a r a h : meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara'. [Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah]

i s t i s y a r a h : meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

serta kesimpulannya,

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

benar ukhty,ptnjukNya dpohon ats smua prkara bkn soal jodoh smata..
jazakillah ya..^^
barakallahu fik~

Posted by bibicah khalvati at 9:24 AM 1 comments
Saturday, September 25, 2010
In: mujahadah diri

pemberiaan hari ini...


Allah masih lagi berikan hari ini kepada kita.Itupun belum tentu hari ini dapat kita habiskannya.Maka apakah rancangan kita untuk mengisi hari ini?Apakah dengan ketaatan kepadaNya,atau meneruskan maksiat menambah dosa?~HILAL ASYRAF

Posted by bibicah khalvati at 8:28 PM 0 comments
Wednesday, September 22, 2010
In: tautan hati seorang dai'e

langkah..teruskan melangkah...


setiap kita melangkah~setiap langkah disusun,tersusun, menyusun..semuanya tersembunyi erti ketabahan...erti kesabaran..erti BERSYUKUR...jika kita mendapat menelesuri hikmah setiapnya pasti ketenangan menjiwai setiap langkah kita...

sahabat..
acapkali kita hentikan langkah pada mimpi yang tak pasti..
mengagungkan kebahagian dan keceriaan yang tidak pernah janji terpatri buatnya..
langsung terbuai keasyikannya...
akhirnya segumpal darah menerima asakan perasaan yang memberontak sakit pada langkah yang terhenti itu...
sahabat..
genggam tanganku..
tinggalkan mimpi itu...
kita teruskan langkah..
dihadapan realiti menunggu..
pedulikan sakit, susahnya bernafas dalam jiwa hamba...
itulah hakikat kehidupan...
dunia ini adalah ujian..
hnya menguji keimanan kita...
teruskan langkah..
kerna ALLAH setia bersama kita..
cukuplah DIA menjadi kekuatan kita..

teruskan langkah..jangan berhenti..tetapkan hatimu..teguhkan jiwamu..
tanamkan matlamat..matlamat kerana ALLAH..pastinya kau tidak akan terbuai pada mimpi yang menghentikan langkahmu...

Posted by bibicah khalvati at 4:15 PM 0 comments

sepetang bersama hadis rasulullah..

Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.
(HR Bukhari dan Muslim)


Posted by bibicah khalvati at 1:02 AM 0 comments

sepetang bersama hadis rasulullah..

Nabi saw bersabda:

"1. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya.
2. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya.
3. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.
4. Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihar farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut."

Hadis riwayat at-Thabrani

Posted by bibicah khalvati at 12:58 AM 0 comments
Sunday, September 12, 2010
In: impian seorang dai'e

hikmah syawal...

salam sayang dan rindu pada yang dirindui...pada yang belum kenal..salam ta'aruf..moge perkenalan dan pertemuan membuahkan iman...pada yang mengenal diri yang sangat serba kekurangan ini,salam ukhuwwah dariku,al-mumtahanah...wanita yang di uji...

pagi syawal yang ke-4 ini, ALLAH turunkan rahmat..sejuk bumi, alhamdulillah..moganya begitulah jiwa kita pada pagi ini..disirami ketenangan yang hakiki..itulah tanda orang bahagia dan beriman. ameen ya ALLAH...

tady tinggalkan longbean,LB..LB tido lagi la tu...bangun LB..!!!hikhikhik..hah,title kali nie,hikmah syawal...pe la tu??alhamdulillah..bnyak hikmah dalam bulan syawal nie..kite kupas satu jerk la yerk...alhamdulillah ALLAH ingatkan balik ilmu yang diberi..
nie terbit dari soalan LB laa...kontroversi ''gambar era syawal'' nie..sepupu yang datang dari mak sedara seibu dengan ayah..kite leh kahwin tak ngan dia??

akan dikupas later..mencari hujah dan bukti al-quran dan hadith..emm..kita umat islam memang lemah dalam pergaulan kita-mane satu mahram?mane satu muhrim?mane satu ajnabi?nie boleh kahwin ke?tu tak boleh kahwin ke?bile dah tau, nak istiqamah pun susah..keluarga bnyak mengutamakan adat..payah org melayu nie..hidup berpegang adat, biar mati anak takpe..emmm..biar generasi kita...kita tukar pegangan, pandangan,amalan kita...biar al-quran dan sunnah yang utama...

minggu depan...perjuangan bagi student TPM..final bagi sem summer nie...moge yang membace..yang mngetahui...yang mendengar, yang terdengar..doakan kejayaan kami student TPM..moge kejayaan ini ALLAH redha-itu yang kami pinta dan mahu...ameen ya ALLAH...




mogenye kita semua adalah generasi yang mendukung agama setiap saat..
dan dari kita lahirlah mujahid-mujahid dan mujahidah-mujahidah yang mendukung agama untuk ummah...

temanku,
bangkitlah dari lenamu yang pnjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kn terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berkari kencang,
mencipta taufan.
berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak di dunia,
nun di syurga..
(fatimah syarha-tautan hati)


Posted by bibicah khalvati at 5:32 PM 2 comments
Wednesday, September 8, 2010
In: tautan hati seorang dai'e

tautan hati seorang dai'e...


salam aidilfitri buat diri, keluarga, sahabat dan ummat islam seluruh dunia...
alhamdulillah wa syukurlillah sebulan puasa hampir kita akhiri...terasa sebak didada...takut menjalar urat seluruhnya...apakah puasa selama sebulan itu diterima ALLAH...YA ALLAH, kupinta ya ALLAH Kau pandanglah puasa walau sedetik cuma itu ya ALLAH..dan temukan aku lagi bulan yang penuh barakah ini tahun hadapan..aku sangat MENGINGINKAN..aku MAHU..ameen ya ALLAH...
sungguh tak rasa puas aku menjalani puasa ini...
tapi...
bukan ciri seorang muslim meratapi kelemahan tanpa berusaha untuk memperbaiki supaya menyerlah lebih dari yang biasa..ya ALLAH hamba ini mengenggam cita-cita dengan baraan 1 syawal yang bakal kutemui esok..insyaALLAH...ya ALLAH kupinta biarlah darah dai'e adalah darahku...sentiasa merah membara membekal oksigen setiap sendi dan urat...


aku mahu peretemuan indah di syurga sahabat...



bertemu cinta
dalam halaqoh.
hidup lebih indah
terarah,
menyulam TAUTAN HATI
kerana ALLAH,
terpaterilah
IKATAN AKIDAH..
(tautan hati by fatimah syarha)

Posted by bibicah khalvati at 8:38 PM 0 comments
Newer Posts Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
@ 2011 bibicah khalvati; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog