Pages

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (19)
    • ▼  December (7)
      • kerahsiaan bersamamu..
      • happy face sad face...
      • Memikat hati si dia...
      • hujan itu rahmat!
      • kau milikNYA..
      • ibu, kenapa ibu menangis??
      • gelora sang penanti!!
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
  • ►  2009 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  August (8)
    • ►  May (3)

About Me

bibicah khalvati
diari muslimah..diari iman..diari taubat..diari muhasabah..diari impian..dan diari doa... ALLAH pinjamkan bumi yang bernama walnut, CALIFORNIA untuk mendapat didikan yang lembut dariNYA..selama 2 tahun insyaALLAH..sudah ALLAH titipkan SAHABAT SYURGA..ia pilihan ALLAH..dan yakin segala perjalanan adalah pencarian diri...doakan muslimah ini adalah kesayangan ALLAH..
View my complete profile
Powered By Blogger
Powered by Blogger.

sang hijab

sang hijab
aku rindu cinta di sebalik persembunyian itu...ia adalah indah dan sangat bahagia..izinkan aku lagi ya ALLAH untuk merasa cinta itu..

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (9)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (19)
    • ▼  December (7)
      • kerahsiaan bersamamu..
      • happy face sad face...
      • Memikat hati si dia...
      • hujan itu rahmat!
      • kau milikNYA..
      • ibu, kenapa ibu menangis??
      • gelora sang penanti!!
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
  • ►  2009 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  August (8)
    • ►  May (3)

chat


ShoutMix chat widget

demi masa

Manusia kerugian..

Followers

Thursday, December 30, 2010
In: versus

kerahsiaan bersamamu..

''hari ini kita main tarik upih yerk??''kata si kakak kepada adik-adiknya,kimi,akem,sarah dan juga anak sedara,oshin...aisyh, pe lagi terlompat riang si kimi, adik bongsu..''yea!!!''
idea nie dapat bila tengok siti sarah adik yang ke-6, lembik sebab tiba-tiba demam la pulak..nak bagi dia peluh2 seket supaya sehat, kenelah wat aktiviti lari2 seket..hehe..

ayoyo..apatah lagi kenangan kecik2 bertamu pulak pada kotak pikiran,tarik upih..ingat dulu..mase tu umur bape tak tau..wawawa..sekitar 4 hingga 5 la..sebab belom skola..stay kat kg selama sebulan..apa lagi agenda kanak-kanak kg..memang indah..apa taknya men tarik upih tika hujan mencurah dengan lebatnya...aisyh..berhenti bila petir berdentum..engkau!!!..mencicit balik rumah...hahahah...

dulu lain,sekarang lain...zaman dah berubah..semuanya dah berubah..diri kita juga berubah..dulu kecik2..sekarang dah besar...aisyh ada org tu(LONG BEAN LA,SAPA LAGI!) dah masuk 22 tahun dah tahun depan(2011)..berubah semuanya berubah..umur, masa, tempat-semuanya tidak kekal...mengalami perubahan...perubahan-ia sunatullah..menuju kematangan..mencapai kesempurnaan..kesempurnaan??"you'll never reach perfection because there's always room for improvement.yet all the way to perfection you'll learn to get better"-versus...(long bean-perhaps you get something my dear..special 4 u..)

alamak..dah terbabas sedikit lak..emm..yang nak citer dulu lain, sekarang lain adalah...huhu..dulu senang nak dapat upih..sekarang..menguji jugak nak mencari...aisyh..tapi tgok budak-budak happy jerk kakaknya membawa jalan putaran 360 darjah tuk dapatkan 2 keping upih..huhu..sebab semangat nak wat pertandingan tarik upih!!arah barat daya dr umah nenek..dapat satu!-gembira...jalan lagi..jalan..skali kimi kate kakak nie upih...la semangatla kepala turn 180 darjah..rupa-rupanya si pelepah kelapa sawit..hahaha..see..(apakah anda juga kenal upih)..ada hikmah yerk sayang kita wat game tarik upih hari ini..jalan..dan jalan...
kira2 tenggara..pas tu tutun bawah seket..hahaha..dalam hutan seket..hah jumpa lagi..lawa lagi upih tu!!ok...mase tuk game!!




~skuad upih jalan noja~




~isyk..1,2..3...tuk amik gambar la..bukan dah start game..hah kan oshin dah terbang dah..hoho~


~kerahsiaan bersamamu..i wish..ameen..~

last2...ada ke patut kakaknya buli budak2 nie..dia duduk atas upih..suh tarik...last2 dia yang kat atas upih tak bergerak, adiknya yang tergolek..ayoyo...^^..


~bila kanak-kanak dengan dunia warna-warninya,batang pancing dari pelepah kelapa..inilah dikatakan kognitif si kanak-kanak..tergelak gak si kakak tengok..panjang jugak yerk..moga kamu semua dapat belajar sesuatu dik..^^..ameen..

perkongsian yang santai..masih ada yang rahsianya..tak dapat dikupaskan, tak dapat di bincangkan...kerna..setiap inci masa bersama kita adalah ilmu..adalah permata..adalah senjata..tapi untung bagi siapa yang berfikir..


p/s:
~dunia skate-
~..bukan mudah untuk berubah..dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan...
~you can be the most beautiful bloom of all, only if you give yourself the change to try the fertilizer~
~smile...=)..all about versus...turning point..bukan senang nak jadi 'baik' kan???

Posted by bibicah khalvati at 7:47 AM 2 comments
Thursday, December 23, 2010
In: syukur...

happy face sad face...

salam 'alaik....
moge anda, anda dan anda...tapi tak lupa untuk saya, sentiasa dalam lindunganNya,genggamanNya..ameen ya ALLAH...

hari ini, tika ini...diri ini mahu yang luar biasa dalam entry ini..mogenya ada pulangan yang lumayan buat diri ini dan kamu!!emm..(kita santai yerk..)

alhamdulillah pagi yang telah dilewati hari ini sangat indah..sangat bermakna..ada booster dalam langkah...alhamdulillah ya ALLAH...Kau kirimkan buat aku hari ini melalui asbab dalam segalanya terutamanya dalam sahabat...

soalan cepumas telah diberikan kepada long bean dan srikandi khadijah...
soalan bertulis begini..."bentuk hati yang bagaimanakah ingin awak beri kepada saya pagi ini?"
sangat terkesan jawapan ilham dari ALLAH melalui asbab sahabat...membuat senyuman itu melebar kepada alam..alhamdulillah...

beep..beeepp...(menandakan mesej sudah sampai..jawapan!!hehe..)

''what kind of "hati" that i can gif to u today??great quest, insyaALLAH...that ''hati'' will be a ''hati yg padanya ad bahagia'' becoz of the "kasih"from AL-KHALIQ..the "hati" that still "mencari" BLESSNESS OF ALLAH, thru d "sahabat" like u n others..n of cos a "hati"that only reserve to my parents n forever to AL-MIghty..insyaALLAH''

''awalnya exam??hehe..hati yang berbentuk hati, bagaimana ia datang dari penciptanya, begitu jua ku berikan padamu, biarlah ia sebesar genggamanku, kerna ada segenggam tabah di situ.x perlu sbesar mana, cukup sekecil semut,kerna biarpun x nampak di waktu gelap, ada keihklasan yang menanti..''

bagaimana??tersenyum?tak paham?berapa % tak paham (kredit tuk Mr M..ye la dia bilang dia jiwa kental..dia memang tak paham..x caya cuba tanya kat dia...press conferences Mr M..hehe..)
sesekali cubalah tanya soalan ini pada diri kamu...bentuk hati yang bagaimana ingin kamu beri kepada diri kamu..(tanye jantung pun takpe..setengah sahbat sy memberi pendapat lebih tepat merujuk hati itu adalah jantung)..moge dapat sesuatu dalam question ini..sesekali biar hati berbicara...moge yang terpendam bisa diluahkan..ok!!

baru intro..hehe...jom move lagi!!





SEKARANG cuti..ramai yang pegi holiday..ada pusing2 satu malaysia..kata Mr.M..-x ingat dunia..ada pergi ke luar dari negeri,kata Mr.M..-x ingat tanah tumpah darah..haha..press conferences yerk Mr.M..ada tu pusing utara..ada jugak naik ke tempat yanG tinggi-cameron..hehe..wah jelesnya..semuanya ade citer masing2...isyk..jgn jeles2..jgn lupa..yang ALLAH jadikan tuk kita tak penah sia2..jadi kene lihat, paham dan dengar dengan mata hati..jd tak terlambat rasenya untuk saya mengucapkan selamat bercuti pada semua sahabat dan ummat dunia..kepada yang akan,sedang dan telah bercuti..saya sentiasa mendoakan yang terbaik agar bnyak hikmah boleh diceduk semasa perjalanan anda semua...beruntung bagi siapa yang berfikir..ameen..ameen..ameen..moge bertambah iman dan takwa kepadaNya...

jom move lagi...


~jangan sedih-sedih..nanti tak boleh terbang jauh-jauh..~

title:happy face sad face...

begitulah dalam perjalanan seorang hamba..mane boleh happy memanjang...kene ade sedih2 sikit..dan sebaliknya..itulah tanda ALLAH maha hebat dalam mencipta segalanya..berpasang-pasangan..teringat lagu mestika,rahmat ujian...

"dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka, tak siapa tau, tak siapa pinta ujian bertamu, bibir mudah mengucap sabar, tapi hati yang remuk menderita......"
hidup di dunia ini adalah ujian..sangat banyak ALLAH nak uji..jadi kene bertindak sebagai ulul albab dalam memikir hikmahNYA itu..cepat2 cari kekuatan..semua itu milik ALLAH...ALLAH ingin melihat kesabaran, keikhlasan dan kejujuran serta tawakal kita kepadaNya...yang penting kita berada di sisiNya dan kita tak hilang DIA..

''Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.(I LUV ISLAM)

P/S:JANGAN LUPA UCAP APA???ALHAMDULILLAH!!!..TERIMA KASIH YA ALLAH..
tunggu the next post..the mr/mrs sputum....hehe
wassalam...

Posted by bibicah khalvati at 9:26 AM 3 comments
Tuesday, December 14, 2010
In: cinta hakiki

Memikat hati si dia...


"Ustaz, saya bakal melangsungkan perkahwinan Februari nanti. Harapnya, dapatlah saya dengar sedikit sebanyak nasihat dari ustaz sebagai bekal saya menempuh bahtera rumah tangga nanti," seorang sahabat dari seberang laut bertanyakan nasihat saya di suatu sore.

"Alahai Azman, awak pun tahukan, saya ni tunang pon tidak, macam mana nak jawab soal nikah kahwin ni..?" Saya menambah humor, menyempitkan jurang kami.

"Tak pernah pulak ustaz tak jawab kalau saya tanya sesuatu sebelum ni..?" Beliau menyoal saya semula.

"Kalau awak tanyakan pasal Fiqh Minoriti tentang rakan-rakan kita di Kutub Utara, mungkin ana boleh cuba jawab. Tapi, kalau soal rumah tangga ni, susah sikit untuk saya respon. Belum ada pengalaman!" Saya cuba mendekatkan lagi telinga dan hati beliau terhadap pesan saya selepas ini. Biar hati itu betul-betul terbuka luas untuk menerima, sebelum saya menyuapkan resepi agung untuk berumahtangga.

Bukan alim, bukan berpengalaman. Hanya berkongsi apa yang pernah saya baca dan jumpa. Berkawan dengan orang tua-tua menemukan saya silibus yang tak akan ditemui dalam bilik kuliah.

"Apa matlamat utama awak?" Saya cuba membuat tawaran.

"Saya nak membahagiakan isteri saya," jawab beliau ikhlas. Nada suaranya sudah berubah. Sesuai dengan topik yang sedang kami bincangkan. Langkah ini langkah susah dan payah. Langkah kedua untuk mendirikan ummah yang berpayungkan khilafah.

"Kalau macam tu, senang sahaja. Pikat hati si dia. Ikatkan dengan hati awak. Pastikan hidup mati awak bersama. Bercinta hingga ke syurga, bak kata Ustaz Hasrizal," saya cuba mempromosikan produk.

"Nak pikat macam mana tu..? Boleh dikongsikan sedikit..?" Nada suaranya semakin ghairah untuk dijamukan resepi saya. Inilah masanya, umpan sudah mengena.

"Pertama sekali, selepas awak dan dia sudah halal dengan terlafaznya 'aku terima nikahnya', kucup dahinya dalam-dalam. Kalau berpeluang, kucuplah matanya. Kemudian, ucapkan di telinga si dia yang awak sangat cintakan si dia. Tapi, jangan lupa untuk ucapkan juga syukur pada yang mengurniakan cintanya pada awak, ALLAH. Sujud syukur! Lepas itu, ucapkan juga terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima awak sebagai peneman hidup," saya sedikit bersungguh sewaktu bercerita.

"Aiwah, romantik pulak ustaz ni. Pasti cair hati isteri saya nanti," galak suaranya dengan sedikit ketawa di seberang talian sana.

"Lepas tu, kalau berpeluang, rancangkan bulan madu bersama isteri. Tak perlu belanja yang tinggi, cuma pastikan peluang itu peluang yang berkualiti. Selaraskan komunikasi, selaraskan denyut nadi dan serasikan matlamat serta tujuan hidup masing-masing. Bersedia untuk menerima kekurangan dan mengiktiraf kelebihan masing-masing. Bincangkan masa depan dan satukan imaginasi korang berdua."

"Sekali sekala, adakan surprise untuk si dia walau hanya sekuntum bunga. Kalau ada bajet yang lebih, mungkin boleh dibelikan sesuatu yang lebih berharga."

"Satu lagi, nafkah. Ini perkara penting yang telah digariskan dalam syariat kita. Jangan lewat untuk menunaikan kewajipan awak walau isteri awak ada kerjaya."

"Seterusnya, jangan lupa, bila awak terpaksa berpisah atau tinggalkan si dia sementara waktu, kucup dahi dan matanya sebelum tinggalkan rumah dan selalukanlah untuk utuskan kata-kata rindu supaya hatinya sentiasa subur dengan bunga-bunga cintanya terhadap awak. Pastikan kamu sentiasa menghubunginya setiap masa. Jangan terlewat walau sesaat cuma."

"Lebih penting, tunjukkan yang si dia lebih penting dari segala-galanya. Jangan pula awak liat untuk bertanyakan khabar kondisi si dia sedang dalam masa yang sama, awak saban hari memeriksa enjin dan kondisi Produa Myvi di depan tangga!" Sedikit humor saya selitkan dalam wasiat yang agak sinis ini. Lalu, sedikit gelakan dapat saya tangkap di hujung talian.

"Jangan lupa, bincangkan secara baik, jadual pulang berhari raya. Bimbang si dia terluka kalau tidak pulang ke rumah mertua. Jadi, jangan kedekut untuk korbankan kampung halaman untuk kebahagiaan si dia."

"Huih, banyak benar ye petua ustaz, macam pakar! Ayat pula power, macam dah bercucu tiga. Ada lagi ke ustaz? Saya dah makin bersemangat ni," Azman semakin bersemangat. Setiap patah perkataan saya dicerap sebaik-baiknya. Respon pula sentiasa ada dicelahan setiap nasihat dan idea.

"Ye, ada lagi. Mungkin ini yang paling istimewa. Bila dah ada cahaya mata nanti, cinta kamu akan terbahagi dua. Separuh untuk isteri dan separuh untuk anak-anak. So, jangan lupa untuk ungkapkan penghargaan yang tidak terhingga sepanjang tempoh hamil sehingga selepas bersalin. Ungkapan kita akan menjadi penguat semangat si dia untuk terus menempuh saat kritikal sepanjang tempoh hamil dan proses melahirkan bayi. Saya ada satu resepi rahsia," saya memancing lagi.

"Apa tu ustaz, tolonglah jangan rahsia, nanti rumah tangga saya kurang bahagia," usiknya sambil diselangi ketawa bahagia.

"Ok, resepi rahsianya, apabila anta sambut ulang tahun kelahiran anak-anak, hadiahkan juga cenderahati penghargaan kepada si dia yang berkorban 9 bulan mengandungkan anak-anak."

"Ada lagi ustaz?" Suaranya semakin galak.

"Habis. Setakat itu sahaja," saya memutuskan kata-kata. Titik noktah diletakkan di hujung bicara.

"Hai, saya tengah bersemangat ni... jantung pun tengah kencang berdegup, janganlah berhenti mengejut begitu ustaz. Nanti boleh jatuh strok saya jadinya." Selorohnya meminta perbualan kami diperpanjangkan lagi.

"Kalau awak strok, wasiatkan tunang awak untuk saya," saya berseloroh sambil ketawa bersahaja.

"Kalau awak masih sudi, masih ada resepi yang kurang menarik. Jarang orang suka mendengar resepi ini. Kalau awak betul-betul mahu, saya boleh sambung," nada suara saya mendatar.

"Boleh, saya sedia. Saya tahu, pasti akan ada manfaatnya," Azman masih bersemangat.

"Resepi ini bukan untuk memikat hati. Tapi untuk menghidupkan hati yang separuh mati. Mengesat air mata yang tak nampak alirannya. Meredakan pekikan suara hati yang tidak zahir bunyinya. Awak nak dengar ke?" Nada saya bertukar sedikit serius.

"Apa tu ustaz?" Nadanya kini berubah.

"Awak pernah kucup dahi ibu sendiri?" Tanya saya ringkas.

"Belum," ringkas juga jawapan Azman.

"Kucupi dahi ibu kamu sebelum kamu mengucup dahi isteri. Ibu itu yang berkorban 9 bulan mabuk, loya dan letih mengandungkan kita dan bersabung nyawa melahirkan kita. Mengasihi kita tanpa sebarang syarat ataupun mahar mahupun nafkah. Dahi ibu kita lebih layak untuk kita kucup sebelum kita kucup dahi isteri yang baru kita kenali beberapa bulan."

"Pernah awak berbulan madu dengan ibu? Berkongsi tujuan dan matlamat hidup dengan ibu? Bergurau senda dan bermanja-manja dengan ibu? Kalau belum, honeymoon dulu dengan ibu awak. Kelak nanti, hatinya tidak begitu remuk melihat bahagianya bulan madu kita bersama isteri dengan melupakan jasa ibu yang pernah meletakkan seluruh hidupnya untuk kebahagiaan kita. Bahagianya honeymoon kita sehingga terlupa untuk menghubungi ibu anta di desa sana."

"Pernah awak berterima kasih pada ibu kerana melahirkan awak? Ibu yang sepanjang hidupnya menemani hidup awak? Kalau masih belum diungkapkan, segerakanlah ia sebelum awak berterima kasih kepada isteri yang sudi menjadi peneman hidup awak. Ibu tua itu lebih aula (utama) menerima ucapan itu."

"Pernah surprisekan ibu awak dengan sesuatu hadiah yang istimewa? Kalau belum, surprisekan dulu si ibu itu. Nescaya, hatinya kembali berbunga-bunga. Ibu itu pastinya sunyi bila kehilangan kita, anak kesayangannya."

"Sewaktu kita mengira belanja harian dan nafkah untuk isteri, fikirkan juga nafkah dan belanja untuk ibu kita yang tak bergaji di desa sana. Ibu itu telah membesarkan kita tanpa sebarang upah mahupun bayaran. Ye, duit yang kita akan kirimkan itu bukannya bayaran terhadap kasih sayang mereka, tapi ianya menjadi tanda yang kita juga masih mengingati malah menyayangi mereka."

"Man, saya yakin, mak awak sangat sunyi waktu ini. Saban detik, telinganya pasti ingin mendengar deringan dari seberang laut. Pasti matanya selalu menatap potret awak yang digantung atau yang terselit di celah dompet. Hubungilah ibu awak sekerap yang mungkin. Kalaupun tidak seminggu sekali, pastikan dalam sebulan, khabar awak sampai kepada mak yang jauh di kampung."

"Man, kalau dengan satu ibu dan satu ayah, kita sudah tidak mampu untuk memikat hati kedua-duanya, saya bimbang lebih banyak hati-hati yang akan terluka selepas kita mempunyai dua ibu dan dua ayah."

Gelak ketawa bertukar menjadi esak dan sendu. Nada Azman yang riang kini berubah ke sebaliknya. Saya menghentikan kalam seketika. Suasana hening seheningnya. Hanya sedikit gangguan dari gelombang talian yang seakan-akan turut terpengaruh dengan suasana.

"Saya tak berniat untuk menghancurkan impian bahagia awak. Tapi, saya yakin dengan sempurnanya plot ini, awak akan lebih berbahagia. Ummat ini akan lebih berbahagia."

"Saya yakin yang awak sudah maklum. Bait Muslim (keluarga Islam) tidak akan sempurna tanpa sempurnanya Individu Muslim. Bagitulah juga, Masyarakat Muslim tidak akan lahir dari Bait Muslim yang tempang. Khilafah tidak akan terbina dengan Masyarakat yang tidak stabil. Bersemangatlah, kitalah pemulanya. Saya yakin, tarbiah yang awak lalui telah menjadikan awak Fardul Muslim (individu Muslim) yang baik. Tinggal lagi, Allah akan mendidik awak untuk melahirkan Bait Muslim yang baik. Adikku Azman, inilah jalannya."

"Go home and love your family."

Jawapan Mother Teresa selepas ditanyakan tentang bagaimana untuk mempromosikan keamanan kepada dunia. Pertanyaan itu diajukan beliau menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979.

"Sebaik-baik kamu adalah oran yang paling baik hubungannya dengan ahli keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik untuk keluargaku." - Hadis

Pastikan perkahwinan kita membahagiakan sejuta hati. Memuaskan sejuta jiwa. Menghidupkan sejuta roh dan menyelamatkan sejuta ummah.

Mulailah dari diri kita. Dari rumah kita. Dari Isteri dan anak-anak kita. Dari masyarakat kita. Dari negeri kita. Dari negara kita. Moga payung khilafah akan menaungi kita kelak.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri." - Al-Quran

* Hasan Husaini, Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan


Posted by bibicah khalvati at 7:29 AM 2 comments

hujan itu rahmat!

dedikasi buat long bean, srikandi khadijah dan diri ini khususnya...


hujan itu rahmat...

dalam berderainya hujan...
itu ada sedih aku
itu ada penantianku
yang mungkin lelah..
tetapi ierana suci cintaku..
aku yakin akan takdirNya!
berderailah hujan..
berderailah..
kalau itu melapangkan sukmaku!!!

Posted by bibicah khalvati at 6:39 AM 2 comments
Sunday, December 5, 2010
In: wishing...

kau milikNYA..



rahmat ALLAH membasahi
tika mentari memancar warnanya di pagi ini...
lembut bayu dan suasananya..
meghembus angin iman buat jiwa..
melekatkan takwa pada hamba ini..
alhamdulillah..

moge hari ini penuh rahmat,
penuh keredaan..
buat kamu hendaknya...
sentiasa dalam rahmat dan keberkatan
itu yang kupohon dan berdoa..
kerana kau bukan milik sesiapa
kau milikNya..

Posted by bibicah khalvati at 3:27 PM 0 comments
Wednesday, December 1, 2010
In: rindu kamu..

ibu, kenapa ibu menangis??


~kerana kau wanita..~

dedikasi buat bondaku yang tercinta!!!

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta
itu ada.

Posted by bibicah khalvati at 4:21 PM 0 comments

gelora sang penanti!!


~bunga di dalamnya..tidak berbisa buat apa-apa..kerana patuh dan akur akan takdirNya~

dedikasi buat adik am, adik ijan, sahabatku,long bean...dan srikandi khadijah..dan tidak lupa untuk diri ini...

''menatap wajahmu...
segalanya membicarakan kebisuan,
segalanya zahirkan kaku
melindungkan rasa tersimpan..
malah, bibirmu jauh dari lafazkan...

andai kau mngerti rasa gelora sang penanti,
yang menanti penghujung resah yang panjang,
yang meratap pengertian dalam segala persoalan,
yang menyelongkar segala maksud rasa
bagai menunggu sejawapan rindu..
segalanya menjadi gelisah dan kosong!!

jika kau mengerti gelora sang penanti itu,
akan kau tidak benarkan kehilangan lafaz tersimpan itu!!''

bibicah khalvati
22/11/10
5:53pm...

Posted by bibicah khalvati at 3:49 PM 0 comments
Newer Posts Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
@ 2011 bibicah khalvati; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog